Aku gagal membahagiakan orang di sayang
Aku gagal mempertahankan diri di ganyang
Aku gagal menaikkan semangat yang hilang
Aku gagal memilih jalan yang terbentang
Aku gagal kerana aku alpa terhoyong hayang
Aku gagal kerana aku asyik dengan dunia dalam bayang
Aku gagal kerana aku pentingkan perkara terlarang
Aku gagal kerana aku leka dengan kawan yang tempang
Tetapi dari kegagalan aku belajar
Dari kegagalan impian ku kejar
Dari kegagalan aku tersedar
Dan dari kegagalan aku tercabar
Gagal hanyalah ilusi
Gagal hanyalah penyeri
Gagal bukanlah setiap kali
Gagal tetap akan berhenti
Gagal sekali takkan membuatku terduduk tak berdiri
Gagal sekali takkan membuatku berdiri tidak berlari
Gagal sekali takkan membuatku berlari tidak mencari
Gagal sekali takkan menghalang aku mencari matlamat di hati
Gagal yang selalu aku caci, aku maki, aku benci
Telah membuatku kembali berdiri, kembali dari kancah yang berduri
Gagal yang selama ini mebuat aku sesal, mual dan kesal
Telah membuatku cekal, kebal dan kembali berakal
Terima kasih Tuhan kerana memberikan ku kegagalan
kerana kegagalan adalah kunci segala kejayaan.
Alhamdulillah...
ReplyDeletetanpa merasai kegagalan, tidaklah kita menghargai kejayaan...:)
ya..trima kasih...
ReplyDeletekadang2 kite berada diatas..
dan kadang kala..kita juga akan berada di bawah...